Saturday 6 April 2013

Pentingnya Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK)


          PJK merangkumi hampir semua mata pelajaran yang lain diperingkat sekolah rendah dan menengah. Dalam subjek PJK ada perkara yang berkaitan Sukan (asas bola sepak, badminton, olahraga dan lain-lain), Sejarah (sejarah sukan dan lain-lain), Biologi (sistem tubuh badan manusia dan lain-lain), Fisiologi (fungsi kardiovaskular, peredaran darah, pembentukan asid laktik dan lain-lain), Fizik (pergerakan manusia, teori pendelum dan lain-lain), Matematik (pengiraan BMI, kadar nadi dan lain-lain), Pendidikan Moral (kekeluargaan, penyalahgunaan dadah, kebersihan diri dan lain-lain), Psikologi (emosi remaja, pengurusan stres dan lain-lain) dan yang paling penting adalah Pendidikan Kesihatan (pemakanan berkhasiat, kecergasan fizikal dan pelbagai aspek kesihatan yang lain).
          Justeru, walaupun Subjek PJK tidak diserapkan ke dalam sistem peperiksaan besar di negara kita seperti UPSR, PMR dan SPM misalnya, subjek ini masih perlu diletakkan sebaris dengan subjek-subjek yang lain kerana kepentingan kesihatan melebihi semua perkara lain. Penulis bertanyakan kepada pelajar tentang dua situasi iaitu pertama, mana yang lebih penting di antara 'memiliki harta kekayaan tetapi sering keluar masuk hospital disebabkan pelbagai penyakit' dan situasi kedua 'hidup sederhana tetapi sihat sepanjang masa'. Keseluruhan pelajar bersetuju dengan situasi ke dua.

1 comments:

Unknown said...

Salam. Mata pelajaran PJK sangat penting kepada murid masa kini. Dengan ledakan teknologi, murid kurang bergerak kerana asyik dengan gadget-gadget canggih seperti tablet, iPhone dan sebagainya.

Post a Comment