Monday 15 April 2013

Konsep Dan Definisi Pendidikan Jasmani


   Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. (Pettitor, dalam Wee Eng Hoe 2005).
    Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. 
    Dengan kata lain Pendidikan Jasmani adalah merupakan matapelajaran yang diperkenalkan di sekolah yang memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif (Asiah Abu Samah,1993). 

Sunday 7 April 2013

Gaya Pemakanan Hidup Sihat


Saturday 6 April 2013

Pentingnya Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK)


          PJK merangkumi hampir semua mata pelajaran yang lain diperingkat sekolah rendah dan menengah. Dalam subjek PJK ada perkara yang berkaitan Sukan (asas bola sepak, badminton, olahraga dan lain-lain), Sejarah (sejarah sukan dan lain-lain), Biologi (sistem tubuh badan manusia dan lain-lain), Fisiologi (fungsi kardiovaskular, peredaran darah, pembentukan asid laktik dan lain-lain), Fizik (pergerakan manusia, teori pendelum dan lain-lain), Matematik (pengiraan BMI, kadar nadi dan lain-lain), Pendidikan Moral (kekeluargaan, penyalahgunaan dadah, kebersihan diri dan lain-lain), Psikologi (emosi remaja, pengurusan stres dan lain-lain) dan yang paling penting adalah Pendidikan Kesihatan (pemakanan berkhasiat, kecergasan fizikal dan pelbagai aspek kesihatan yang lain).
          Justeru, walaupun Subjek PJK tidak diserapkan ke dalam sistem peperiksaan besar di negara kita seperti UPSR, PMR dan SPM misalnya, subjek ini masih perlu diletakkan sebaris dengan subjek-subjek yang lain kerana kepentingan kesihatan melebihi semua perkara lain. Penulis bertanyakan kepada pelajar tentang dua situasi iaitu pertama, mana yang lebih penting di antara 'memiliki harta kekayaan tetapi sering keluar masuk hospital disebabkan pelbagai penyakit' dan situasi kedua 'hidup sederhana tetapi sihat sepanjang masa'. Keseluruhan pelajar bersetuju dengan situasi ke dua.