Monday 15 April 2013

Konsep Dan Definisi Pendidikan Jasmani


   Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. (Pettitor, dalam Wee Eng Hoe 2005).
    Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. 
    Dengan kata lain Pendidikan Jasmani adalah merupakan matapelajaran yang diperkenalkan di sekolah yang memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif (Asiah Abu Samah,1993). 

Sunday 7 April 2013

Gaya Pemakanan Hidup Sihat


Saturday 6 April 2013

Pentingnya Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK)


          PJK merangkumi hampir semua mata pelajaran yang lain diperingkat sekolah rendah dan menengah. Dalam subjek PJK ada perkara yang berkaitan Sukan (asas bola sepak, badminton, olahraga dan lain-lain), Sejarah (sejarah sukan dan lain-lain), Biologi (sistem tubuh badan manusia dan lain-lain), Fisiologi (fungsi kardiovaskular, peredaran darah, pembentukan asid laktik dan lain-lain), Fizik (pergerakan manusia, teori pendelum dan lain-lain), Matematik (pengiraan BMI, kadar nadi dan lain-lain), Pendidikan Moral (kekeluargaan, penyalahgunaan dadah, kebersihan diri dan lain-lain), Psikologi (emosi remaja, pengurusan stres dan lain-lain) dan yang paling penting adalah Pendidikan Kesihatan (pemakanan berkhasiat, kecergasan fizikal dan pelbagai aspek kesihatan yang lain).
          Justeru, walaupun Subjek PJK tidak diserapkan ke dalam sistem peperiksaan besar di negara kita seperti UPSR, PMR dan SPM misalnya, subjek ini masih perlu diletakkan sebaris dengan subjek-subjek yang lain kerana kepentingan kesihatan melebihi semua perkara lain. Penulis bertanyakan kepada pelajar tentang dua situasi iaitu pertama, mana yang lebih penting di antara 'memiliki harta kekayaan tetapi sering keluar masuk hospital disebabkan pelbagai penyakit' dan situasi kedua 'hidup sederhana tetapi sihat sepanjang masa'. Keseluruhan pelajar bersetuju dengan situasi ke dua.

Monday 4 March 2013

RPH - HOKI

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN (PJK)
HARI / TARIKH :
Isnin / 4 Mac 2013
MASA :
0705 - 0815
TAHUN :
4 Melur
BIL PELAJAR :
20 orang
TUNJANG :
Kemahiran
TAJUK & KEMAHIRAN:
Menolak dan menahan - permainan hoki 
OBJEKTIF P&P :
Pada akhir pelajaran, pelajar dapat:
i.    Psikomotor  : Melakukan kemahiran menolak & membuat 
                           kawalan bola dengan teknik yang betul.
ii.   Kognitif       : Menyatakan dua tujuan kemahiran tolakan tahanan
                           bola yang baik dalam permainan hoki.
iii.  Afektif         : Mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap
                           peralatan sekolah & kembalikannya ke stor sukan.
P SEDIA ADA :
Pelajar pernah bermain hoki dan pernah juga menyaksikan permainan hoki di televisyen.
PENERAPAN NILAI:
Semangat Kesukanan & Menghargai
KBKK :
Membuat Analisis
PENGABUNGJALINAN:
Tunjang kecergasan - Koordinasi
ALATAN :
i.   Bola hoki - 10 biji, Wisel, Skitel - 5, kayu hoki - 20 btg

Friday 1 March 2013

Latihan Hoki

Latihan Hoki